Sunday, 23 April 2017

REVIEW : Cetaphil dan supplement

Assalamualaikum readers. hai

for this entry, i nak cerita tentang pencuci muka yang sangat best untuk korang try. kulit i jenis yang very oily and sensitive. i jugak banyak jerawat kat muka. bukan yang sikit2 tapi banyak2 tau. siapa yang ade problem yang sama boleh teruskan baca. kalau yang jenis normal or dry, korang pun boleh baca sebab pencuci muka ni serba boleh :)

inilah dia......
Image result for cetaphil
CETAPHIL GENTLE SKIN CLEANSER

i pakai yang ni almost a year. satu botol 250ml ni tahan dalam 2 ke 3 bulan. harga die untuk yang 250ml ni dalam rm30 something. harga tak same untuk setiap kedai. if u lucky, u akan jumpa harga yang lagi rendah dari ni. tekstur yang ni ialah liquid berwarna putih. kalau korang pakai, korang akan rase macam tf tak bersih langsung muka korang sebab pencuci muka ni tak berbuih langsung! i ingat lagi mase first time i pakai i letak banyak gila sebab macam was was dah bersih ke belum. tapi korang jangan lah repeat kesalahan i yang membazir ni. korang guna sikit je dah cukup :) dan pencuci ni tak berbau so bagus lah sebab takde fragrance sebabtu sesuai untuk yg kulit sensitif.

cara pakai die ade 2. 

1) first korang keringkan muka dan tangan korang. tangan tu pastikan bersih k. picit sikit cetaphil dekat tapak tangan, pastu gosok kat muka sambil urut. tak payah tenyeh2 sangat. buat sampai agak dah meresap. rase macam ade kat spa. pastu biar dalam 30 saat and lap guna kapas or tisu.

2) cara yang sama macam kat atas. tapi time nak bersihkan tu, korang basuh dengan air. tak payah guna kapas. ni sesuai untuk siapa yg rajin nak ke dapur balik untuk basuh.

kesan yang i dapat,

1. muka kurang berminyak. tapi takde lah hilang terus minyak tu. still berminyak jugak sikit.
2. muka rase lembab je. takde la mengelupas je kat bahagian jerawat tu. selalu bile mengelupas kat situ time kite pakai bedak mesti nampak an. tapi kalau korang amalkan cetaphil ni, die akan bersihkan muka korang tanpa menyebabkan menggelupas.
3. jerawat tak hilang pun :( die just macam kecutkan tapi ambik masa. dalam seminggu baru nampak die kecut sikit. die jugak tak halang kalau ade jerawat baru nak tumbuh. ni untuk i la. kalau korang bace testimoni lain ramai yang kate die boleh kecutkan jerawta korang.
4. adik i tegur muka nampak bersih sikit dari sebelumnya.

lepas dah few months pakai cetaphil, i degil pergi cuba pencuci lain. makin teruk jadi. i beli kat drugstore. die claim product tu sesuai untuk kulit sensitif tapi bile i pakai dalam minggu first tu ok lah. masuk minggu ke 2 muka i jadi macam merah menyala. rase kering je muka. masa tu memang naik la jerawat. jerawat dah la sedia banyak, tambah lagi yang baru :(

then 3 hari yang lepas, i cuba cetaphil yang jenis oily punye.

Image result for cetaphil
CETAPHIL : OILY SKIN CLEANSER

SERIOUS BEST GILE! pakai 3 hari pun dah nampak kesan. harga die agak mahal la. i beli yang dalam kotak. ade 2 botol cetaphil oily 125ml dengan harge rm82. kalau beli 1 botol je yang 125ml harge rm60. muka i kan jenis yang minyak teruk. mase first time i pakai ni, muka i rase pedih dekat bahagian jerawat tu. mungkin die terkejut kot. 2nd time dan seterusnya tak rase pedih dah. i suka gile produk ni. seriusly akan terus pakai sampai die dah tak beri effect ape2 kat muka i hahaha.

kesan i dapat,

1. muka kurang minyak. untuk yang muka minyak teruk, korang patut try yang ni. sebab i pakai yang gentle punye kesan die tak sebagus ni. mungkin harga agak mahal tapi i rase berbaloi la.
2. lepas bangun tidur, muka tak berminyak langsung. nampak cerah dan bersih je muka. selalunye bangun tidur rase nak hentak je muka kat dinding bagi minyak jatuh kat lantai. lepas pakai ni muka rase segar je.
3. jerawat? mengecut dengan jayanye. baru 3 hari pakai adik i tegur muka makin ok. jerawat dah kecut. mak i pun tegur. jerawat jadi kering dan sedia untuk masak. mak i pernah cakap "muka kalau cantik tapi ade jerawat terus tak cantik, kalau muka tak cantik tapi takde jerawat terus nampak cantik"
4. muka dah tak kusam macam sebelumnya. sebelum i pakai ni, setiap kali lepas sejam cuci muka mesti nampak kusam je muka i. kalau orang tengok die akan kate yang i tak mandi lagi. tapi lepas amalkan cetaphil oily ni, muka dah tak kusam sangat. dah petang pun still fresh je muka.
5. muka lembab dan senang nak ratakan foundation.

cara pakai die ade satu je. sama mcam pakai yang cetaphil gentle punye tapi die kene basuh dengan air. die ade parfum dalam cleanser ni so bile korang pakai korang akan bau macam bedak baby. setengah orang tak suka bau ni. i suka :) cleanser ni jugak non-comodegenic so sesuai la yang skin type macam i. die tak menutup pori dan tak buat kulit korang rase terbakar. repurchase? yes exactly!

untuk moisturizer, i pakai yang ni.

Image result for cetaphil cream moisturizer
CETAPHIL MOISTURIZING CREAM

i beli masa tu harge die rm60 untuk 100 g. sangat berbaloi sebab tahan lame gile. dah setahun still ade lagi. sebab pakai sikit je. calit sikit je kat tangan and boleh pakai untuk seluruh muka. best sebab die senang meresap. tapi i donno why muka i jadi berminyak sikit lepas pakai ni. sikit jelah. mungkin sebab die cakap yang ni untuk dry skin. so mestilah fungsi die untuk hydrate kan. tapi i suka sebab muka rase lembab je.

untuk supplement pulak, i amalkan 

Image result for triticum aestivum supplement
TRITICUM AESTIVUM

i beli dekat farmasi alpro dengan harga promosi rm86 tak silap i. harga asal die rm106. i consume ni baru 2 hari. triticum aestivum ni kalau kite biase panggil wheatgrass la. fungsi die ade banyak sangat2 salah satunye untuk jerawat. kalau u rajin, u try cari kebaikan consume wheatgrass. mesti korang akan rase amazed dengan fungsi die. die jenis serbuk. just bancuh dengan air suam sikit je pastu kacau sampai rata dan minum. pastikan korang minum ni 30 min sebelum makan. kalau i biase nye bangun tidur sebelum solat subuh minum ni dulu. dan sebelum tidur minum ni jugak. kirenye 2 kali sehari la untuk kesan yang lebih cepat and macam biasalah, sepanjang hari tu cuba habiskan air kosong at least 2liter. dalam kotak ni ade 30sachets.

kalau korang jenis yang suka spirulina, mungkin takde masalah korang nak makan ni. sebab setengah orang die tak boleh tahan makan triticum aestivum ni sebab rase die macam minum air rumput. kesan awal mungkin korang akan rase diarhea(najis besar keluar dalam betuk cecair) tapi lama2 korang akan biase. bile i fikir balik, rase die macam korang bancuh nestum yang original dengan air. lebih kurang macam tulah rase die. so tak lah teruk sangat pun kan.

kesan i dapat selepas 2 hari consume.

1. parut jerawat i memudar sikit
2. cirit kadang2 sebab die nak buang toksin dalam badan sebab salah satu fungsi utama die adelah untuk detoks badan kite. bagi mereka yang dah jenis berjerawat dari dulu macam i, korang should try this. sebab kadang2 kite pelik pakai produk macam2 tapi takde kesan kan. act kite kene bersihkan dari dalam. buang semua toksin2 dalam badan dulu seiring dengan tawakal kepada Allah. 
3. rase sihat kat dalam. takdelah rase macam lemau je badan ni.

tapi i akan terus consume sampai habis nak tengok betul tak die boleh hilangkan jerawat i dan detoks badan i. kalau ok akan terus repurchase dan amalkan. nanti i akan update lagi kalau tibe2 memudaratkan ke. tapi buat mase sekarang sangat ok :)

Thanks for reading gais. wait for my next entry ^.^

Saturday, 22 April 2017

REVIEW : Foundationsssss

Assalamualaikum readers.

entry ni tentang foundations yang pernah i guna sepanjang i hidup.
i punya skin type oily,sensitive and of course jerawat. bukan jerawat sikit2 yang seketul dua tu, ni jerawat yang banyak2 penuh satu muka. so mestilah i perlukan foundation yang boleh tahan minyak lebih lama dan tak nampak bercapuk and of course yang boleh cover jerawat i supaya bile i borak dengan orang takdelah dieorang kire jerawat i hahaha

sebelum i teruskan dengan foundation, i akan bagitahu tentang sunblock yang i gunakan. this is the only sunblock yang i guna. tak pernah try yang lain.

Image result for biore sunblock face milk
Biore UV Perfect Face Milk


love this sunblock sebab senang serap kat muka. ade spf 50+ lepas pakai muka takde lah terus berminyak. die jenis liquid. sebelum pakai kene shake dulu bagi die sebati. pastu letak sikit kat tangan then sapu kat muka. tepuk2 manja sikit bagi die senang serap. jenis ni hanya untuk muka sahaja. tak boleh guna kat tangan or kaki or tempat2 lain. harga i beli haritu kat watson dalam RM30+ kalau dah pakai sunblock tu jangan lupa untuk cuci guna makeup remover ye.

dulu i tak guna makeup remover pun. kesan die, makin lama nampak macam bintik2 pasir kat dahi. mungkin sebab cuci tak bersih. after that i start pakai makeup remover jenama Simple. best sebab boleh pakai untuk mata sekali and baru lah kurang pasir2 tu.

now lets proceed dengan foundation

1. Avon True Color Luminous Liquid Foundation spf 15/PA++
Image result for avon true color foundation
botol die macam dalam gambar tu. berat 30g. i beli shade nude sebab kulit i jenis sederhana. tak gelap sangat dan tak cerah. tekstur die tak cair sangat pastu bile sapu kat muka die macam shimmering sikit. yelah sesuai lah dengan claim die untuk bagi kulit nampak gebu dan dewy finish. boleh dapatkan kat avon dengan harga rm33.90. 

from my experience, i suka foundation ni sebab die jenis menyerap. lepas pakai nampak cam shimmer2 gitu. part yg lagi best sebab die tak buat muka bercapuk. nampak natural je macam tak pakai ape2. even after oxidise pun still natural takde lah nampak makin gelap. nak sapu bedak pun senang. tapi tulah. tak semuanya indah. lame2 bile i pakai dalam 7 ke 8 jam macam tu, kulit dah start berminyak sikit. sikit jelah. ni kalau duduk dalam aircond. kalau cuaca panas, bile berpeluh awal2 tu nampak cantik lame2 jadi tak cantik. tapi tak salah kan die jugak sebab kulit i ni yg memang jenis berminyak sangat. repurchase? maybe yes selagi tak jumpa yg better.

sebab i ade kawan jenis kulit normal. die pakai yang ni jugak shade shell. kene sangat dengan muka die. die kate dah 7 jam still cantik kat muka die. tak berminyak pun. kat area hidung je minyak sikit tapi biaselah kan situ memang problem. die kate best sangat and kalau dah habis nak beli lagi. tu maknenye die suka sangat2 lah tu.

2. Revlon Colorstay combination/oily
Image result for revlon colorstay foundation
i beli yg macam dalam gambar ni. code: 310 (warm golden). based on this product, it claims ;
  • wears up to 24hours
  • flawless look, lightweight feel
i beli kat watson dengan harge RM60+. i pakai selang seli dengan yg avon tadi. ikut mood nak pakai yg mane. tekstur die liquid pekat and kalau pakai jarang2 boleh tahan sampai setahun. sebab i beli bulan 12 tahun lepas so dah 5 bulan and still ade 60% dalam botol tu. 4 bulan tu i pakai every weekday sebab kerja kan. jimat kan even mahal tapi tahan lama. tapi i jenis pakai pump sekali je. i suka sebab jenis pump so macam hygienic la sikit berbanding yg dalam bekas kene colek2.

from my experience, it doesn't work as it claims. sebab die kate tahan 24 jam. i pakai dalam 5 jam tu dah berminyak teruk muka i. nasib baik tengahari tu dah cuci sebab nak solat kan. so i pakai ni kalau agak2 keluar sekejap je or ade event yang bukan seharian. agak kecewa jugak la. tapi yang best sebab senang nak sapu bedak lepas pakai yg ni. senang je nak blend. i pernah tanye membe die kate bile dah petang muka i nampak berminyak dan kusam. erghh. yelah sebab dah lebih 5 jam kan. yg jenis kulit normal mungkin sesuai lah kot. for me, repurchase? Not.

3. Chriszen Moist Cake
Image result for chriszen

i beli shade 01(light). dalam bekas tu ade span die sendiri. tapi i tak guna sebab keras dan susah nak ratakan foundation ni pakai span die tu. i beli rm50 percuma serum chriszen. i beli ni sebab terpengaruh dengan go shop. go shop pernah jual chriszen ni tapi i malas nak beli borong sebab nak cuba je so i beli satu je kat kedai jamu.

serum die i tak tahu lah nak cakap macam mane. sebab i pakai ni mase hujung tahun 2015. i pulak mase tu study kat arau, perlis and sangatlah panas kat sane. so i ni asyik berpeluh je. serum die macam takde effect je. habis la sebotol tu i pakai. jerawat tak berkurang pun. tapi i pakai jugak sebab gigih nak habiskan taknak bazir.

untuk foundation die pulak. aduh. i rase i menyesal sebab beli hahaha. mungkin lah die tak sesuai dengan kulit i sebab i kan jenis minyak teruk. i pakai tu muka i mula2 jadi putih giler. kalau tangkap gambar tu nampak macam pakai tepung. mungkin i patut beli code 02(natural). tapi i beli code 01 tu sebab seller kedai jamu tu yg suggest based on warna kulit i. kalau jenis kulit cerah boleh lah beli code 01.tapi i pakai berape bulan je pastu i stop sebab asyik minyak je.

nak dijadikan cerita, minggu lepas masa i kemas bilik i terjumpa la semula foundation ni. pastu i rase nak cuba semula.minggu lepas i pergi melaka ambik adik i baru habis praktikal. so basically i just duduk dalam kereta dalam 4 jam perjalanan. i cuba la pakai sebab bile duduk dalam aircond ni i ingatkan ok lah kan. pastu sampai je melaka adik i terkejut tengok muka i. die kate nampak berminyak gile and kusam. memang i rase rimas pun muka i mase tu. tapi lain orang lain kulit. mungkin i tak sesuai, mungkin korang sesuai. kalau nak try boleh je. mane tahu boleh jadi the best untuk korang kan. kalau saye, repurchase? never.

4. Vcare Foundation
Image result for v care foundation

for this one, i ambik yang warna ungu tu. untuk kulit natural. die ade 3 kod warna. tekstur die ringan sangat macam tak pakai ape2. i colek sikit letak kat setiap bahagian muka pastu ratakan. best sebab rase ringan. tapi tulah, kat bekas tu langsung takde tulis ape2 macam ingredients ke, cara pakai ke. for me la, it is compulsory to put that info dekat product supaya kite tahu bahaya ke tak barang tu.

i beli dengan harga rm28 masa tu. masa mula beli tu rase macam wtf sikit giler kat dalam macam tak berbaloi rm28. rupanya walaupun kecik die tahan lama. sekarang dah dekat 3 bulan still banyak lagi. worth to buy la tapi i tak jamin la kat muka korang macam mane kan. tapi i takkan repurchase sebab tak yakin hahaha. cuma nak habiskan yang ade ni dulu.

5. Krim Pencerah Safi Balqis
Image result for krim safi
yang ni i pakai mase form 4 sebab terpengaruh dengan kawan I die pakai muka die jadi cerah. so i pun try la. tapi tak sesuai jugak dengan i sebab tekstur die kan macam berat sikit. bile pakai rase melekit sikit muka ni. mula2 pakai oklah dah sejam kemudian jadi kilang minyak muka ni. yang hijau ni rasenye untuk jerawat pastu sekarang dah packing baru. i beli jugak packing baru die untuk pakai kat tangan. boleh putihkan tangan. serius :) i pakai kat tangan pagi dengan sebelum tidur. pastu ratakan. bile dah kering i sapu losyen tangan vaseline warna pink tu. mase first 2 weeks pakai memang nampak cam kelabu sikit. bile dah sebati nampak ok je. insyaAllah dengan izinnya putih la tangan korang tu :)

Image result for vaseline body lotion healthy white perfect 10

6. Oh Most Wanted Foundation
Image result for oh most wanted foundation

mesti ramai tak tahu pasal foundation ni. king coco pernah buat review pasal foundation ni dekat ig die. foundation ni bagus sebab die ade vitamin C. dia sangat bagus untuk yg ade jerawat dan kulit sensitif. kalau pakai berterusan muka akan nampak lebih flawless sebab die jugak anti aging dan anti oxidant. i beli dekat Klinik Hana Bangi. ha bukan calang2 klinik yg jual. Klinik Hana ni famous sebab die khas untuk rawatan muka. ramai artis pernah pergi sini. die pun ade ig. search je Klinik Hana nanti keluarlah. i sampai dekat klinik ni pun sebab teman kawan i buat rawatan kat sini. mase die buat kat sini baru die dapat tahu die ade eczema. selama hidup ni die tak pernah tahu pun die ade eczema. die pun beli foundation ni :)

i beli dengan harga rm78. little bit pricey la i guess. guess what? foundation ni pun tak sesuai dengan kulit muka i :(( i pakai tu muka jadi berminyak gile dan kusam. dihnye. dah la mahal. tapi kawan i yg beli jugak tu die kate sesuai dengan kulit die. i rase memang salah kat i la haha. so i pun jual balik dekat orang dengan harga rm70 sebab baru gune 2,3 kali. i jual kat carousell. korang boleh cek barang2 yg i jual dekat carousell.com/nsmas 

rasenye yg ni je kot i guna. kalau ade lagi i akan tambah.

Thanks for reading. wait for my next entry ^.^