Saturday, 22 April 2017

REVIEW : Foundationsssss

Assalamualaikum readers.

entry ni tentang foundations yang pernah i guna sepanjang i hidup.
i punya skin type oily,sensitive and of course jerawat. bukan jerawat sikit2 yang seketul dua tu, ni jerawat yang banyak2 penuh satu muka. so mestilah i perlukan foundation yang boleh tahan minyak lebih lama dan tak nampak bercapuk and of course yang boleh cover jerawat i supaya bile i borak dengan orang takdelah dieorang kire jerawat i hahaha

sebelum i teruskan dengan foundation, i akan bagitahu tentang sunblock yang i gunakan. this is the only sunblock yang i guna. tak pernah try yang lain.

Image result for biore sunblock face milk
Biore UV Perfect Face Milk


love this sunblock sebab senang serap kat muka. ade spf 50+ lepas pakai muka takde lah terus berminyak. die jenis liquid. sebelum pakai kene shake dulu bagi die sebati. pastu letak sikit kat tangan then sapu kat muka. tepuk2 manja sikit bagi die senang serap. jenis ni hanya untuk muka sahaja. tak boleh guna kat tangan or kaki or tempat2 lain. harga i beli haritu kat watson dalam RM30+ kalau dah pakai sunblock tu jangan lupa untuk cuci guna makeup remover ye.

dulu i tak guna makeup remover pun. kesan die, makin lama nampak macam bintik2 pasir kat dahi. mungkin sebab cuci tak bersih. after that i start pakai makeup remover jenama Simple. best sebab boleh pakai untuk mata sekali and baru lah kurang pasir2 tu.

now lets proceed dengan foundation

1. Avon True Color Luminous Liquid Foundation spf 15/PA++
Image result for avon true color foundation
botol die macam dalam gambar tu. berat 30g. i beli shade nude sebab kulit i jenis sederhana. tak gelap sangat dan tak cerah. tekstur die tak cair sangat pastu bile sapu kat muka die macam shimmering sikit. yelah sesuai lah dengan claim die untuk bagi kulit nampak gebu dan dewy finish. boleh dapatkan kat avon dengan harga rm33.90. 

from my experience, i suka foundation ni sebab die jenis menyerap. lepas pakai nampak cam shimmer2 gitu. part yg lagi best sebab die tak buat muka bercapuk. nampak natural je macam tak pakai ape2. even after oxidise pun still natural takde lah nampak makin gelap. nak sapu bedak pun senang. tapi tulah. tak semuanya indah. lame2 bile i pakai dalam 7 ke 8 jam macam tu, kulit dah start berminyak sikit. sikit jelah. ni kalau duduk dalam aircond. kalau cuaca panas, bile berpeluh awal2 tu nampak cantik lame2 jadi tak cantik. tapi tak salah kan die jugak sebab kulit i ni yg memang jenis berminyak sangat. repurchase? maybe yes selagi tak jumpa yg better.

sebab i ade kawan jenis kulit normal. die pakai yang ni jugak shade shell. kene sangat dengan muka die. die kate dah 7 jam still cantik kat muka die. tak berminyak pun. kat area hidung je minyak sikit tapi biaselah kan situ memang problem. die kate best sangat and kalau dah habis nak beli lagi. tu maknenye die suka sangat2 lah tu.

2. Revlon Colorstay combination/oily
Image result for revlon colorstay foundation
i beli yg macam dalam gambar ni. code: 310 (warm golden). based on this product, it claims ;
  • wears up to 24hours
  • flawless look, lightweight feel
i beli kat watson dengan harge RM60+. i pakai selang seli dengan yg avon tadi. ikut mood nak pakai yg mane. tekstur die liquid pekat and kalau pakai jarang2 boleh tahan sampai setahun. sebab i beli bulan 12 tahun lepas so dah 5 bulan and still ade 60% dalam botol tu. 4 bulan tu i pakai every weekday sebab kerja kan. jimat kan even mahal tapi tahan lama. tapi i jenis pakai pump sekali je. i suka sebab jenis pump so macam hygienic la sikit berbanding yg dalam bekas kene colek2.

from my experience, it doesn't work as it claims. sebab die kate tahan 24 jam. i pakai dalam 5 jam tu dah berminyak teruk muka i. nasib baik tengahari tu dah cuci sebab nak solat kan. so i pakai ni kalau agak2 keluar sekejap je or ade event yang bukan seharian. agak kecewa jugak la. tapi yang best sebab senang nak sapu bedak lepas pakai yg ni. senang je nak blend. i pernah tanye membe die kate bile dah petang muka i nampak berminyak dan kusam. erghh. yelah sebab dah lebih 5 jam kan. yg jenis kulit normal mungkin sesuai lah kot. for me, repurchase? Not.

3. Chriszen Moist Cake
Image result for chriszen

i beli shade 01(light). dalam bekas tu ade span die sendiri. tapi i tak guna sebab keras dan susah nak ratakan foundation ni pakai span die tu. i beli rm50 percuma serum chriszen. i beli ni sebab terpengaruh dengan go shop. go shop pernah jual chriszen ni tapi i malas nak beli borong sebab nak cuba je so i beli satu je kat kedai jamu.

serum die i tak tahu lah nak cakap macam mane. sebab i pakai ni mase hujung tahun 2015. i pulak mase tu study kat arau, perlis and sangatlah panas kat sane. so i ni asyik berpeluh je. serum die macam takde effect je. habis la sebotol tu i pakai. jerawat tak berkurang pun. tapi i pakai jugak sebab gigih nak habiskan taknak bazir.

untuk foundation die pulak. aduh. i rase i menyesal sebab beli hahaha. mungkin lah die tak sesuai dengan kulit i sebab i kan jenis minyak teruk. i pakai tu muka i mula2 jadi putih giler. kalau tangkap gambar tu nampak macam pakai tepung. mungkin i patut beli code 02(natural). tapi i beli code 01 tu sebab seller kedai jamu tu yg suggest based on warna kulit i. kalau jenis kulit cerah boleh lah beli code 01.tapi i pakai berape bulan je pastu i stop sebab asyik minyak je.

nak dijadikan cerita, minggu lepas masa i kemas bilik i terjumpa la semula foundation ni. pastu i rase nak cuba semula.minggu lepas i pergi melaka ambik adik i baru habis praktikal. so basically i just duduk dalam kereta dalam 4 jam perjalanan. i cuba la pakai sebab bile duduk dalam aircond ni i ingatkan ok lah kan. pastu sampai je melaka adik i terkejut tengok muka i. die kate nampak berminyak gile and kusam. memang i rase rimas pun muka i mase tu. tapi lain orang lain kulit. mungkin i tak sesuai, mungkin korang sesuai. kalau nak try boleh je. mane tahu boleh jadi the best untuk korang kan. kalau saye, repurchase? never.

4. Vcare Foundation
Image result for v care foundation

for this one, i ambik yang warna ungu tu. untuk kulit natural. die ade 3 kod warna. tekstur die ringan sangat macam tak pakai ape2. i colek sikit letak kat setiap bahagian muka pastu ratakan. best sebab rase ringan. tapi tulah, kat bekas tu langsung takde tulis ape2 macam ingredients ke, cara pakai ke. for me la, it is compulsory to put that info dekat product supaya kite tahu bahaya ke tak barang tu.

i beli dengan harga rm28 masa tu. masa mula beli tu rase macam wtf sikit giler kat dalam macam tak berbaloi rm28. rupanya walaupun kecik die tahan lama. sekarang dah dekat 3 bulan still banyak lagi. worth to buy la tapi i tak jamin la kat muka korang macam mane kan. tapi i takkan repurchase sebab tak yakin hahaha. cuma nak habiskan yang ade ni dulu.

5. Krim Pencerah Safi Balqis
Image result for krim safi
yang ni i pakai mase form 4 sebab terpengaruh dengan kawan I die pakai muka die jadi cerah. so i pun try la. tapi tak sesuai jugak dengan i sebab tekstur die kan macam berat sikit. bile pakai rase melekit sikit muka ni. mula2 pakai oklah dah sejam kemudian jadi kilang minyak muka ni. yang hijau ni rasenye untuk jerawat pastu sekarang dah packing baru. i beli jugak packing baru die untuk pakai kat tangan. boleh putihkan tangan. serius :) i pakai kat tangan pagi dengan sebelum tidur. pastu ratakan. bile dah kering i sapu losyen tangan vaseline warna pink tu. mase first 2 weeks pakai memang nampak cam kelabu sikit. bile dah sebati nampak ok je. insyaAllah dengan izinnya putih la tangan korang tu :)

Image result for vaseline body lotion healthy white perfect 10

6. Oh Most Wanted Foundation
Image result for oh most wanted foundation

mesti ramai tak tahu pasal foundation ni. king coco pernah buat review pasal foundation ni dekat ig die. foundation ni bagus sebab die ade vitamin C. dia sangat bagus untuk yg ade jerawat dan kulit sensitif. kalau pakai berterusan muka akan nampak lebih flawless sebab die jugak anti aging dan anti oxidant. i beli dekat Klinik Hana Bangi. ha bukan calang2 klinik yg jual. Klinik Hana ni famous sebab die khas untuk rawatan muka. ramai artis pernah pergi sini. die pun ade ig. search je Klinik Hana nanti keluarlah. i sampai dekat klinik ni pun sebab teman kawan i buat rawatan kat sini. mase die buat kat sini baru die dapat tahu die ade eczema. selama hidup ni die tak pernah tahu pun die ade eczema. die pun beli foundation ni :)

i beli dengan harga rm78. little bit pricey la i guess. guess what? foundation ni pun tak sesuai dengan kulit muka i :(( i pakai tu muka jadi berminyak gile dan kusam. dihnye. dah la mahal. tapi kawan i yg beli jugak tu die kate sesuai dengan kulit die. i rase memang salah kat i la haha. so i pun jual balik dekat orang dengan harga rm70 sebab baru gune 2,3 kali. i jual kat carousell. korang boleh cek barang2 yg i jual dekat carousell.com/nsmas 

rasenye yg ni je kot i guna. kalau ade lagi i akan tambah.

Thanks for reading. wait for my next entry ^.^

No comments:

Post a Comment